Wikimediawan Tahunan
Wikimediawan Tahunan

Wikimediawan Tahunan

Wikimediawan Tahun Ini ialah anugerah tahunan bagi menghargai penyunting Wikipedia dan penyumbang lain dalam projek Wikimedia yang menonjolkan pencapaian besar dalam gerakan Wikimedia, yang ditubuhkan pada Ogos 2011 oleh pengasas bersama Wikipedia, Jimmy Wales.[1] Jimmy akan memilih para penerima dan menghargai mereka dalam Wikimania, sebuah persidangan tahunan bagi Yayasan Wikimedia —kecuali pada 2020, 2021, dan 2022 bila mana penerima diumumkan pada sebuah pertemuan dalam talian disebabkan pandemik COVID-19.[2] Dari 2011 hingga 2017, anugerah ini dinamakan sebagai Wikipediawan Tahun Ini.[1]Pada 2011, gelaran pertama ini diberikan kepada Rauan Kenzhekhanuly bagi kerja-kerjanya di Wikipedia bahasa Kazakh. Tahun berikutnya, ia diberikann kepada seorang penyunting yang memperkenalkan diri sebagai "Demmy" atas usahanya mencipta sebuah bot untuk menterjemah 15,000 rencana ringkas bahasa Inggeris ke bahasa Yoruba, suatu bahasa yang dituturkan di Nigeria. Pada 2013, Rémi Mathis dari Wikimédia Perancis dan Wikipedia bahasa Perancis dinamakan sebagai penerima atas peranannya dalam sebuah kontroversi rencana yang diciptanya. Pada 2014, anugerah ini diberikan secara anumerta kepada seorang wartawan Ukraine, Ihor Kostenko, yang mempromosikan secara aktif mengenai Wikipedia Ukraine pada laman jaringan sosialnya dan terbunuh dalam sebuah tunjuk perasaan. Berikutnya, pada 2015, Jimmy memberikan anugerah ini kepada seorang penerima yang tidak didedahkan, dan berharap suatu hari nanti akan memberitahu kisah mereka. Pada 2016, ini merupakan anugerah pertama yang diterima secara bersama dan diberikan kepada Emily Temple-Wood dan Rosie Stephenson-Goodknight atas usaha mereka untuk melawan gangguan di Wikipedia dan meningkatkan liputan mengenai wanita. Penerima-penerima lain termasuklah Felix Nartey pada 2017, Farhad Fatkullin pada 2018, dan Emna Mizouni pada 2019. Pada 2020 hingga 2022, anugerah diumumkan secara dalam talian disebabkan kekangan pandemik COVID-19. Mereka yang menerima ialah Sandister Tei pada 2020, Alaa Najjar pada 2021 dan Olga Paredes pada 2022. Pada 2023, Taufik Rosman dari Wikimedia Malaysia menjadi penerima anugerah ini atas jasanya menyumbang dalam Wikikamus bahasa Melayu dan pemeliharaan bahasa orang asal di Malaysia[3]. Sebagai tambahan kepada anugerah utama, Susanna Mkrtchyan dan Satdeep Gill menjadi orang pertama menerima penghormatan khas pada 2015. Sejak itu, beberapa penghormatan khas lain mula diberikan. Anugerah ini berkembang pada 2021 dengan tambahan kategori termasuklan Penyumbang Media Tahun Ini, Pendatang Baharu Tahun Ini, Penyumbang Teknologi Tahun ini dan Sasterawan Wikimedia.

Wikimediawan Tahunan

Lokasi Secara tradisi diumumkan dalam Wikimania
Disampaikan oleh Jimmy Wales
Dianugerahkan untuk Pencapaian besar dalam gerakan Wikimedia
Anugerah pertama Ogos 2011; 12 tahun yang lalu (2011-08)
Nama lama Wikipediawan Tahun Ini

Rujukan

WikiPedia: Wikimediawan Tahunan http://www.dailydot.com/news/wikipedian-of-the-yea... https://archive.is/ejXqb http://www.hks.harvard.edu/news-events/news/articl... https://www.theregister.co.uk/2014/12/22/the_withi... https://blog.wikimedia.org/2016/06/24/wikipedians-... http://www.kyivpost.com/multimedia/video-2/ukraine... http://www.kyivpost.com/article/guide/people/lifes... https://web.archive.org/web/20141222053950/http://... https://wikimediaukraine.wordpress.com/2014/02/23/... https://blog.wikimedia.org/2015/07/31/wikipedians-...